
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf pada semua yang pernah singgah di sini, pada semua yang pernah memberi semangat pada aku, langkahku sampai di sini. Salam maaf ini juga buat semua yang pernah aku tulis kisahnya di sini, percayalah…tiada sebarang niat memalukan kalian apatah lagi membuatkan kalian terasa cuma yang aku rasakan aku berhak menulis sebarang baris kata kerana ini laman hidup aku. Apapun, aku minta maaf. Selepas ini tiada lagi cerita tentang sesiapa malah cerita aku juga aku kuburkan di sini.
Mungkin ada rahmat yang tidak aku ketahui. InsyaAllah aku akan terus tabah melangkah dalam hidup ini. Bukan mudah untuk aku tapi aku yakin dan aku kenal siapa aku. Yang memandang belum tentu tahu betapa beratnya dugaan yang aku pikul ini. Tapi, jika kesengsaraan ini dapat meringankan beban insan lain, aku sanggup berkorban, sekali lagi.
Ya Allah Ya Tuhanku, satu ketika lalu Kau tunjukkan aku tempat ini untuk aku membawa diri memujuk hati tapi hari ini segalanya hilang dan aku percaya Kau tahu tentang apa sebenarnya yang ada di dalam hati ini. Hanya padaMu Tuhanku, aku berserah.
2 comments:
owh..ok..i paham kot cite u..n i paham kot pe yg u rse..ppe pn..u kuat kan semangat k..u sedeyh xkn smpi bile2..1 day..i mesti jumpa something yg btol2 hepi dlm idop u..n jadi kn pe yg u lamai skng ni sebagai pengajaran n panduan utk idop u k??
adoi..slap type..haha..mksud i..1 day u mesti jumpa smething yg btol2 hepi dlm idop u..=)
Post a Comment